Di bawah adalah contoh borang yang anda perlu isi untuk membuat permohonan baru. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia. Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut: • Jabatan Pendaftaran Negara • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia • Jabatan Akauntan Negara Malaysia (termasuk Polis DiRaja Malaysia) • Angkatan Tentera Malaysia • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja • Kumpulan Wang Persaraan • Suruhanjaya Syarikat Malaysia • Jabatan Pengangkutan Jalan • Jabatan Agama Islam Negeri • Kementerian Pendidikan Tinggi • Kementerian Pendidikan Malaysia • Kementerian Luar Negeri Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah sahih. Jika tidak permohonan anda mungkin GAGAL. Seseorang yang memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M. Jika anda sudah pun disenarai hitam oleh MoF, apa anda perlu buat adalah merujuk semula Sekretariat BR1M seperti berikut: Sekretariat BR1M Pejabat Belanjawan Negara Aras 6 Blok Utara Kementerian Kewangan Malaysia No.5 Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya.
SABTU, 6 SEPTEMBER 2014 Ukraine, pemisah tandatangan gencatan senjata MOSCOW: Kerajaan Ukraine dan pemimpin pemisah hari ini menandatangani perjanjian gencatan senjata selepas rundingan di Belarus sekali gus memberikan harapan untuk menamatkan pertempuran hampir lima bulan yang tercetus di Ukraine. Syukur Alhamdulillah. Program berdoa Jumaat 25 April 2014 langsung dari Masjidil Haram berdepan pintu emas kaabah & Multazam selamat dijalankan dengan baik.
Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah. Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.